Robert Fico

Robert Fico (lahir 15 September 1964) ialah seorang ahli politik Slovak. Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Slovakia selama empat tahun, dari 4 Julai 2006 hingga 8 Julai 2010. Pada 10 Mac 2012 partinya Hala – Demokrasi Sosial (Slovak: SMER – sociálna demokracia) mendapat 83 daripada 150 kerusi di Majlis Kebangsaan, dengan 44.85% undi, membolehkan mereka membentuk kerajaan majoriti. Beliau dijangka menjadi Perdana Menteri sekali lagi.SMER mendapat tempat pertama dalam pilihan raya parlimen 2006 namun tanpa majoriti, maka Fico membentuk kerajaan campuran dengan Parti Kebangsaan Slovak pimpinan Ján Slota, dan dengan Parti Rakyat – Geratak untuk Slovakia Demokratik pimpinan Vladimír Mečiar. Dalam pilihan raya 2010, partinya kekal parti terbesar namun rakan-rakannya kalah teruk, menyebabkan Fico mengundur diri.[1] Apabila kerajaan campuran yang menggantikan beliau runtuh pada 2012, SMER mendapat majoriti dalam pilihan raya yang menyusul, membolehkan Fico menubuhkan kerajaan tanpa bantuan.[2]